Newest Post

// Posted by :Unknown // On :Senin, 01 Desember 2014

Bagi pengguna Samsung Galaxy S2 GT-I9100G yang ingin root S2 masing-masing, dalam artikel kali ini jom lihat bagaimana cara paling mudah untuk root smartphone anda.Sebelum mula kan proses ini pastikan beberapa perkara penting dibawah ni.

- Tutorial root dan upgrade ini hanyalah untuk SGS2 versi GT-I9100G bukan untuk model lain.Untuk pengetahuan bagi yang tak tahu, SGS2 mempunyai beberapa jenis seperti GT-I9100, GT-I9100[G], GT-I9100[P].Cara root dan proses upgrade serta jenis fail yang akan digunakan dalam proses upgrade adalah berbeza mengikut jenis phone.So, sila pastikan smartphone anda sesuai terlebih dahulu untuk mengelakkan dari sebarang masalah berlaku.


-Pastikan juga SGS2 anda menggunakan Android ICS 4.0.3 DXLP6.Bagi yang masih belum update phone milik masing-masing kepada 4.0.3 ICS sila update terlebih dahulu menggunakan Samsung KIES.


- Sila pastikan segala driver phone anda dah pun diinstall pada komputer masing-masing dengan cara sambungkan phone pada Samsung KIES kemudian tunggu selama 4-5 minit bagi membolehkan driver diinstall.
- Kalau phone anda sudah menepati kriteria diatas, sila ikut langkah tutorial dibawah dengan penuh teliti tak gelabah dan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang masalah dari berlaku.

CARA-CARA ROOT SAMSUNG GALAXY S2 GT-I9100G


1- Download fail-fail dibawah ni dan letakkan dalam satu folder bagi memudahkan kerja.
    Odin – Download [extract lepas download]
    GT-I9100G_LP7_ClockworkMod-Recovery_5.5.0.4.tar – Download [tak perlu extract] Root.zip – Download [tak perlu extract] 2- Copy fail Root.zip dan masukkan ke dalam memori kad anda.
3- Offkan phone dan masuk ke dalam download dengan cara tekan butang VOLUME DOWN + POWER + HOME secara serentak.
4- Buka Odin, kemudian sambungkan phone anda ke komputer dan tunggu sehingga Odin mengesan phone anda. [kotak ID: COM akan bertukar ke warna kuning jika phone telah dikesan] 5- Lihat pada Odin dan klik pada bahagian PDA kemudian pilih file GT-I9100G_LP7_ClockworkMod-Recovery_5.5.0.4.tar.
6- Selesai pilih tadi, baca bismillah dan sila tekan button start yang ada pada Odin tersebut dan tunggu sehingga proses selesai kemudian cabut kabel anda.
8- Offkan phone anda semula dan masuk ke dalam mode recovery dengan cara tekan butang  VOLUME UP + POWER + HOME secara serentak.
9-  Install file root.zip tadi dengan cara pilih “install update.zip” dan pilih file root.zip.
10- Selesai install, reboot phone masing-masing dan enjoy SGS2 yang telah di root.

CARA INSTALL CUSTOM ROM PADA SAMSUNG GALAXY S2

Selesai root tak lengkap jika tak mencuba custom rom yang lebih hebat prestasinya berbanding rom asal SGS2.Untuk artikel kali ini aku memlih rom MIUI untuk dicuba memandangkan ianya agak stabil.
1- Download rom dan masukkan ke dalam memori kad anda.
[Download] 2- Offkan phone dan masuk ke dalam mode recovery menggunakan cara yang sama seperti diatas.
3- Lakukan wipe data kemudian wipe cache.
4- Flash/install rom tadi dengan cara “install custom zip > choose from sdcard > pilih rom tadi.
5- Selesai install, reboot phone masing-masing.Reboot pertama mungkin akan mengambil masa sedikit.so sila bersabar.
6- Selesai reboot biarkan 4-5 minit kemudian reboot sekali lagi untuk membuatkan ia lebih stabil.
7- Done dan enjoy.
Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai android atau bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

// Copyright © Adjie Shaevi Evirian //Anime-Note//Powered by Blogger // Designed by Johanes Djogan //